Korean Actress: Lee Yuri


Lee Yuri, aku entah macam mana terminat pula dengan actress korea ni. Aku mula suka dia lepas tengok drama Super Daddy Yeol. Bagi aku, actress ini menarik minat aku. Paling aku suka suara Yuri-Shii. Setiap drama yang Yuri berlakon, aku dapat lihat perbezaan rupa dia dan jugak dengan cara dia bawak setiap karekter. Sangat best. Ok so aku cerita sikit sebanyak pasal Lee Yuri yang aku dapat semasa aku baca artikel di internet dengan bantuan google translate. (jadi faham2 sajalah kalau info ini tersalah)

Latar Belakang
Ringkasnya Lee Yu-ri @ Lee Yoo-ri. Lahir 28 Jan1980. Anak bongsu dari 4 orang adik beradik. Ada seorang abang dan 2 kakak. Lahir dari keluarga yang beragama Buddha kemudian Lee Yuri converted agama Kristian. Dah happily married dengan seorang pastor di Jamsil Hosanna, bernama Jo Kye hyun (12tahun tua dari Lee Yuri). 
*2020: Yuri,40tahun ; Kye Hyun,52tahun*

Perkahwinan

Lee Yuri berkahwin dengan Jo Kye Hyun pada September 2010. Yuri cerita hati dia kosong sampai lah suatu hari dia pergi gereja dan baca buku bible dan hati dia tersentuh dan menagis. Jadi dia pun belajar Theology (ajaran kristian). Masa dia belajar agama dia rapat dengan Pastor di situ yang juga ibu mertua dia sekarang. Pastor ada seorang anak lelaki dan Lee Yuri tertarik dengan anak pastor bernama Jo Kye Hyun.

Yuri dan Jo Kye Hyun berkenalan selama 4 tahun sebelum berkahwin. Pada awalnya hubungan Yuri dan Jo Kye hyun hanya seperti adik beradik, Jo Kye Hyun tua 12tahun dari Yuri. Tapi Yuri menyimpan perasaan terhadap Kye Hyun. Yuri cakap, suami dia dah tua, jadi tak mungkin untuk mereka bercinta. Yuri fikir sama ada dia terus ajak Kye Hyun kahwin atau lupakan sahaja pasal Kye Hyun. Tapi Yuri cakap, dia tak mampu kehilangan Jo Kye Hyun.

Jadi satu hari, Yuri ajak Kye Hyun ke taman permainan dan cakap 
"Saya nak kahwin dengan Oppa" (ghitu :P). 
Tapi Kye Hyun tolak cinta Yuri, dia anggap Yuri macam adik sahaja dan dia nak abadikan diri belajar Theology. Lagipun dia ingat Yuri main2 sahaja, dengan status Yuri sebagai celebrity takkan nak kahwin dengan seorang yang akan jadi bakal Pastor.

Yuri tidak putus asa, dia propose Kye Hyun setiap hari. Sehinggalah akhirnya kerana kesungguhan Yuri, Kye Hyun pun menerima cinta Yuri. Mereka minta restu, tapi awalnya keluarga kye Hyun tak restu. Salah satu sebab kerana Lee Yuri seorang Celebrity. Tapi disebabkan Lee Yuri tak pernah putus asa dan juga dia tidak pernah tinggal belajar Theology. Akhirnya selepas setahun mereka dapat restu dan berkahwin pada September 2010.

Pasal baby, setahu aku Yuri tak ada anak. Tapi ada rumors kata dia pregnant 4 bulan, Nov 2014 adalah due dia tapi x ada news apa mengesahkan mengenai berita tu lagipun both keep their lives private. Masa talk show Healing Camp, Yuri cakap dia nak ada anak muka iras mereka berdua. Sampai la sekarang tak pernah Lee Yuri ni tunjuk muka suami dia. Orang lain tunjuk mak bapak suami anak adik beradik. Dia relax je buat show sorang dia, itu pun dah cukup happening (Fun-staurant).

Kalau baca interview2 memang nampak Yuri memang fall in love dengan suami dia. Dia siap sediakan 150 helai seluar dalam untuk suami dan setiap pagi dia tak miss sediakan breakfast jika berkesempatan. Talk Show Healing Camp, suami Yuri bagi surat. Dalam surat, Kye Hyun cakap dia berterima kasih dan bersyukur Yuri jadi isteri dia. Mereka bahagia dan dia rasa bersalah kerana setiap pagi walaupun sibuk pegambaran awal2 pagi Yuri akan sediakan sarapan untuk dia. Yuri cakap suami dia selalu letak surat dekat mailbox bagi Yuri.

Kisah Yuri macam drama korea kan :D... Ayat2 yang aku tulis ni lebih2 kurang ayat penyedap je. Aku agak2 je dari source google translate ke English (ha3)

Personaliti
Aku mula follow Yuri-shii betul2 lepas dia join Fun-Stauran. Dari situ sikit sebanyak aku dapat tengok personaliti dia. Bagi aku dia sentiasa ada aura positive, tak mudah give up, sangat soft spoken, out going dan sangat comical orangnya. Orang yang sangat organize dan clean person. Boleh tengok rumah Yuri dekat Fun-Stauran. Tone rumah warna putih, Sangat teratur dan kemas. Yuri tak merokok dan tidak minum alcohol. Lee Yuri pernah bagitahu sejak 2004, dia sudah quit minum. Yuri cakap dulu dia memang selalu minum sehingga dia tak tahu limit toleransi dia pada alcohol sebab dia tak pernah mabuk. Ada orang tanya, dia berhenti minum sebab suami dia pastor ke? Lee Yuri cakap dia dah lama berhenti sebelum jumpa suami dia.

Career
Bagi aku Lee Yuri ni artis yang berbakat dan unik. Dia boleh berlakon, menyanyi dan memasak. Yang unik nye sebab personality dia yang comical sikit :). Yuri cakap berbelas tahun baru dia dapat rasa fame. Lee Yuri berlakon start dari drama School 4 (2001) awal berlakon dulu dia jealous dengan Sung Yuri. Dulu orang selalu keliru dia dengan Sung Yuri sebab nama mereka sama. Tapi dia cakap lepas tengok Sung Yuri dia x jadi jealous sebab Sung Yuri memang cantik orangnya. Sung Yuri memang cantik, aku suka tgk drama dia dengan Hyun Bin. Tapi Lee Yuri, punya Charm dia tersendiri dan tak makan tua.

Start berlakon dari tahun 2001 sampai la sekarang. Instagram dia: leeyuri007. Youtube: leeyuri. Pasal muka Plastic Surgery (PS) (boleh baca dekat sini) . Aku x against PS lagipun Yuri nampak cantik dan sentiasa nampak muda. Bagi aku quality lakonan paling penting.  Yuri kalau dekat S.Korea kira dia memang Queen rating la dan watak jahat memang bagi je lah dekat dia. Dia pun ada beberapa drama yang dah dapat award. Cuma aku ni pulak tak minat cite panjang berjela2 sangat... jadi drama dia yang banyak2 ep. memang aku tak berapa layan. he3 

Bawah2 nie aku senaraikan Filem, Drama, variety show,etc Lee Yuri:



Filem yang Lee Yuri pernah berlakon. 
1. Bunshinsaba (2004) - filem hantu.
2. Pansori (2020) - Filem muzikal mengenai Pansori. Watak Lee Yuri kecil je hanya sebagai isteri kepada Lee Bong-geun. Director Jo Jung-rae cakap dia peminat Yuri sebab itu dia call panggil Yuri berlakon dalam filem dia.. 
Drama Yuri yang aku follow.

1. LIE AFTER LIE (2020)











Pelakon : Lee Yuri, Yeon Jeong Hun, Go Na-Hee, Lee II-Hwa ,Kwon Hwa Hoon, Lim Ju-Eun
Episode : 16
Genre   : Melodrama, Suspen & Revenge 

Drama ini aku suka pasal ada Lee Yuri :). Cerita mengenai Eun Soo (Lee Yuri) bekas banduan yang ditahan kerana dituduh membunuh suaminya. Selepas 10 tahun Eun Soo keluar dari penjara dan mencari anaknya. Setiap episode aku suka. Cerita bagaimana Eun Soo masuk penjara, bagaimana keadaan dia dalam penjara, bagaimana dia dan anaknya, apa sebenarnya berlaku pada malam pembunuhan. Walaupun cerita slow tapi plot memang best. Cerita dia tak melebih2. Mungkin ada orang rasa kurang feel. Tapi pada aku dah cukup, aku suka.

Lee Yuri potraykan watak Eun Soo sebagai seorang wanita yang fragile. Dia bukan wanita yang kuat, dia wanita biasa seperti orang lain. Dengan trauma didera dan kemudian kehilangan anak. Watak Eun Soo nampak seorang yang tak berdaya, sendirian tak ada sesiapa yang dapat bantu dia. Walaupun dia lemah dan lost tapi dia tetap cuba untuk hidup. Dia mungkin sudah putus asa untuk dapat pembelaan dan redha dengan nasib meringkuk dipenjara. Apa yang membuatkan dia bertahan hanyalah kerana anak dia. Aku suka cara Lee Yuri potraykan character dia sebab aku rasa macam watak tu real. Tak perlu watak ala2 strong balas dendam. Kekuatan Eun Soo bukan dari perbuatan dia tapi dari bagaimana walaupun semua halangan dan pengalaman yang jadi pada dia. Eun Soo cari kekuatan untuk tabah dan berusaha untuk hidup dan balas dendam dengan cara dia. Apa yang dia impikan hanyalah untuk hidup bersama dengan anak dia.

Watak Eun Soo (Lee Yuri) dengan Ji-Min ( Yeon Jeong Hun) sangat sweet dan natural. Aku suka bagaimana watak Eun Soo, Ji Min dengan WoJoo berkembang. Mungkin kalau lagi panjang episode, penulis boleh olah lagi perkembangan hubungan Eun Soo dan Kang Ji Min. untuk lagi nampak kuat perasaan mereka berdua. Ini ibarat macam baru2 berputik :)

Banyak part sedih bagi aku dalam drama ini. Antaranya, part bila Eun Soo diam tiap kali Ji Min cakap dia macam2, memang sedih. Eun Soo diam malu nak cakap dia bekas banduan. Part bila mak Ji Min cakap dengan Eun Soo pun sedih jugak. Part bila Eun Soo dengan Woo Joo pun memang la sedih. Aku sedih bila Woo joo panggil Eun Soo, seon saeng nim (cikgu) instead oma (ibu). Tapi at same time aku happy Woo joo rasa selesa bila bersama Eun Soo. Satu lagi aku suka watak Yeon Joon, dah la hensem dan paling aku suka, watak dia yang sentiasa percaya, sokong dan tolong Eun Soo. Cara dia layan Eun Soo memang ikhlas la, walaupun dia tahu pasal masa silam Eun Soo dia tak pernah pun terus interrogated Eun Soo.  

Cuma aku harap mereka elobrate lebih lagi dekat watak Lee Horan iaitu mak mertua Eun Soo. Watak mak mertua dia pelik sikit macam sepatutnya boleh tambah satu lagi episode untuk wrapped betul2 motif mak mertua dia tu marah dengan Eun Soo:D Overall aku suka. Kalau dia panjangkan episode lagi better cerita ini.
So guys… layan kalau minat Lee Yuri. Layan kalau minat story pasal ibu dan anak. Layan kalau minat cerita romantic tak over. Layan kalau minat pasal melodrama revenge 16 episode. Drama ini dari Channel cable iaitu Channel A. kira drama Lie after Lie pecah rekod bagi drama Channel A.

2. SPRING TURN TO SPRING (2019)


Pelakon : Lee Yoo-ri, Uhm Ji-won, Lee Jong-hyuk and Choi Byung-mo.  
Genre   : Body swap – Komedi, Persahabatan & Kekeluargaan 
Episode : 32 (tapi x lama pun dalam1/2jam 1ep)

Drama ini memang entertain la – komedi dia memang hilarious nonsense gila lah kelakar bagi aku. Tapi ada orang x suka. Taste masing2 la kan. Obviously maybe sebab aku memang suka heroin drama ini dan dia berkisar pasal perempuan yang strong, so sebab tu aku boleh layan drama ni. Watak si Yuri ini memang kelakar habis. Bagi aku drama ini utk orang yang open pasal komedi, sebab watak2 sini semua gila dan x serious. Sesuai utk korang yang nak lepaskan tension nak ketawa , tak mahu pening2, yang baru balik kerja. Aku memang rekemend. Dia bukan kelakar biasa-biasa. Ini memang kelakar betul. Memang kena la dengan mood dan taste aku. Dia punya sound Bom bom bom memang melekat dalam telinga.

Kesah dia mengenai body swap antara heroin (Lee Bom & Bom Mi). Body swap dorg best sebab contoh badan Lee Bom tapi dalaman adalah Bom Mi dan sebaliknya. So memang lawak la tgk heroin tu bertukar2 karekter. Sorg sopan nk mampus, sorg gila2 nk mampus. Pelakon sampingan dalam drama ini pun best all karekter main peranan penting dari suami, anak,boss, staff, kawan. Semua memang gila2 la.

Lee Bom ( Uhm Ji-won ) ni dia actress yang dah lama x berlakon tapi kaya dan dia ada bukak yayasan. Ada suami (ahli politikus) dan seorang anak perempuan (budak sekolah)dan dia ada PA(merangkap mistress hubby dia). Kira life dia macam perfect la. Dia sangat jaga diet pemakanan seisi keluarga. Kira typical modern mom yang ikut sangat pasal diet and kesopanan.

Bom Mi (Lee Yuri) ni pulak dia seorang wartawan di MBS. Dia ini dulu tinggal dalam rumah anak yatim. Watak Bommi ni dia ni gila2. memang gila la. Otak dia fikirkan kejayaan je. Dia ini memang cium bontot bos habis. Dia otak genius dan pandai manipulate semua orang lah. Pengotor dan memang x kesah apa dalam hidup. Yang penting matlamat dia tercapai jadi pembaca berita. Selalu sorg je yang boleh kontrol dan layan gila dia ini. Leader dia si Lee Hyung-Seok. Bom Mi ni ada 2 brothers masa dekat rumah anak yatim (Bom brothers) – Bom Sam, Bom il. Dorang ini la penyebabnya 2 heroin ni kena body switches.

So guys… layan kalau nak fun. jangan fokus sgt dengan rating. Rate paling tinggi pun ada sekali je 5 (selalu 2-3) so agak low rating. Agaknya x ramai orang suka drama style macam ini. Tapi aku suka ha3...

3. HIDE AND SEEK (2019)






















Pelakon : Lee Yoo-ri, Uhm Hyun Kyung, Song Chang Eui and Kim Young Min.  
Genre   : Family Drama, 
Episode : 48 (tapi x lama pun 1/2jam 1ep)
Award   :  MBC Top Excellent Award, Actress in Wkend Drama (Lee Yu-Ri)
                   MBC Child Actress (Jo Ye-Rin)

Salah satu sebab aku layan drama ini of course sebab actress Lee Yuri. She never fail to amaze me. Drama ini bagi aku ada plot yang menarik walaupun sometime ada loophole dan kadang watak2 dia macam tak masuk akal macam tetiba apa pasal ko boleh jadi begitu jahat lahanat he3. Episode pertama dia menarik perhatian aku dan aku dapat rasakan cerita ini aku boleh layan waktu tak ada cerita lain. So kira tambah koleksi drama genre perempuan strong di tindas tapi dia boleh bangkit semula fight for her life. 

Drama ini menceritakan mengenai kisah hidup Min Chae-Rin (Lee Yuri) perempuan yang bijak dan berkaliber handle syarikat yang dahagakan kasih sayang sebuah keluarga. Chae-Rin penghuni rumah anak2 yatim. Hidup Chae-Rin memang kesian sebab masa dia kecik, dia di ambil sebagai cucu angkat oleh nenek yang memiliki syarikat Kosmetik terbesar di korea. Pada mulanya Chae-rin tak berminat. Tapi dia kena trick oleh Ms.Kim, pembantu rumah keluarga itu. Chae-Rin gembira dia diterima jadi cucu angkat nenek itu tapi dia tak tau sebenarnya nenek gila itu ada tujuan lain.

Na Gae-Geum (Jung Hye Sun), aka Nenek si Pemilik Syarikat Kosmetik Make Pacific yang ambil Min Chae Rin sebagai cucu angkat untuk dijadikan korban ritual supaya ambil segala nasib buruk cucunya, Min Soo Ah (Uhm Hyun Kyung). Satu hari Soo Ah diculik, hilang ingatan dan jadi Yeon Joo.

Di situ bermulalah liku2 kehidupan Min Chae Rin sebagai pewaris syarikat Kosmetik, Make Pacific. Kesian life dia, dia macam boneka dalam rumah dan hidup family tu. Aku benci Nenek, Mak, Ayah, Ms.Kim, Yeon Joo serta suami dan ayah mertua dia. Mereka ini semua manusia jahat yang selfish. Nasib baik la dia ada Cha Eun Hyuk (Song Chang Eui) kekasih dia yang at least ada untuk dia. 

4. MY FATHER IS STRANGE (2017)


Pelakon : Kim Young Cul, Kim Hae Sook, Lee yuri, Min Jin Woong, Jung So Min, 
                   Ryu Hwa Young, Ryu Soo Young, Lee Joon,

Genre   : Family Drama 

Episode : 52

Award  :  2017 KBS Drama Award
                   * Grand Prize          - Kim Young Chul 
                   * Best Actress         - Lee Yu-Ri
                   * Best New Actress - Ryu Hwa Young
                   * best Youth Actor   - Jung Joon Won
                   * Best Couple          - Lee Yuri & Ryu Soo Young
                   2017 (10th) Korea Drama Award - Excellent Actor (Min Jin Woong)

Drama ini kan. Mula aku memang tak tengok masa dia tayang dekat KBS. Tak ingat pasal apa maybe sebab aku busy kerja masa tu. Lagi satu sebab aku tengok ini punya cerita confirm panjang berjela2 dan mak-mak punya cerita ha3. Jadi bila dah free aku google2 dan aku tgk Lee Yuri berlakun. So aku pun tengok review orang wahh semua kata syok dengan watak dia. So tak berlengah aku terus layan he3. Dan memang best cerita ini. Tak rugi tengok. Aku bab2 family punya cerita x bape sangat tapi nasib baik la Yuri yang berlakon so aku pun semangat la nak tengok. Dah la best, kelakar pulak tu. Tengok ya guys x rugi. Semua couple dalam cerita ini best. Dan confirm la aku paling suka couple Yuri dgn Ryu Soo Young.


Cerita ini cukup rencah untuk dijadikan drama keluarga. Berkisar mengenai keluarga Byun yang mempunya 4 orang anak perempuan dan 1 orang anak lelaki. Tiba-tiba datang seorang artis, Ahn Joong Hye kerumah mereka dan claim dia adalah anak kepada Byun Han Soo. Byun Han Soo ini dia seorang yang sangat baik tapi dia ada sejarah silam yang hanya dia dan bini dia sahaja yang tahu. Dan sesuatu berlaku masa dia duduk diluar negara. Ini ada kaitan dengan Ahn Joong Hye.


Anak2 Byun: 

Byun Joon Young (Min Jin Woong) Tak bekerja fokus nak exam jadi penjawat awam.
Byun Hye Young (Lee Yuri) sebagai anak kedua bekerja sebagai peguam yang berjaya. 
Byun Min Young (Jung So Min) anak ketiga yang ikut cakap ibu bapa dan bekerja sebagai manager kepada Ahn Joong Hye. 
Byun Ra Young (Ryu Hwa Young) anak bongsu, jurulatih yoga
Cha Jung Hwan (Ryu Soo Young) kekasih & Suami Byun Hye Young
Ahn Joong Hye (Lee Joon) Artis dan Kpop boyband. Dia ingat dia anak kepada Byun Han Soo
                 
Keluarga Byun mereka memiliki kedai makan dan tinggal satu bangunan dengan ibu dan keluarga adik lelaki Na Young Sil (bini Byun). Best tengok life family Byun semua karekter mainkan watak dengan sangat bagus. Especially Lee Yuri ha3... watak dia memang banyak part lawak. Sedih pun ada.

Best rekemded pada peminat drama family :)



5. SUPER DADDY YEOL (2015)





















Pelakon : Lee Yu-ri, Lee Dong Gun, Lee Re, Seo Joon Young, Seo Yi Ji
Genre   : Romantic Comedy 
Episode : 16

Drama berkisar mengenai Doktor bernama Cha Mi-Rae (Lee Yuri). Cha Mi Rae dalam kerjaya dia tengah mencanak naik tup2 dia diagnosed ada cancer. So dia sekarang dalam misi mencari penjaga yang sesuai untuk anak perempuan dia Sa Rang jika tetiba nanti dia mati. Cha Mi-Rae buat keputusan untuk kembali bersama Han Yeol . iaitu kekasih yang dulu dia pernah tinggalkan. Mi-Rae bagi peluang kedua buat Han Yeol untuk bersama dengan dia tapi dengan syarat kena jadi bapa yang Sa Rang suka.

Drama ini ada orang tak suka dengan watak Lead actress tapi aku suka dengan Cha Mi-Rae drama ini. Watak ya dia agak selfish. Tapi aku suka kekadang watak macam ini. Dah la dia tinggalkan kekasih dia Han Yeol (lee Dong Gun) untuk sambung study. Then bila sakit dengan muka tak malu nak kembali semula kepada Han Yeol dan nak Han Yeol jadi bapa kepada anak dia Sarang(lee Re). Aku paling suka Interaction between anak beranak, Cha Mi-Rae dan Sa Rang sangat sweet dan funny. Bagi aku drama ini ibarat seorang ibu akan berjuang apa sahaja untuk anaknya walaupun terpaksa membuang kemaluan(?) dan bersama dengan lelaki yang dia tinggalkan. Kalau aku dah break memang aku x cari balik. Dah la aku yang breakkan hati orang tu pastu dengan muka x malu nak berbaik semula. Tapi demi anak dia, semua dia on je.

Watak dalam drama ini Yuri dia seorang doktor yang agak silly, selfish, degil dan membongkak ha3. Tapi bila tgk episode by episode korang akan tahu pasal watak Cha Mi-rae dan aku sukakan watak dia. Tapi berlainan dengan watak kekasih dia si Han Yeol tu. Dah la naive, jenis dia ini serahkan semua demi cinta dan akhirnya dikecewakan oleh si Cha Mi-Rae. Sejak tu dia dah stop bermain sebagai player baseball. Han Yeol lelaki yang tak boleh lupakan 1st love dia. Sebab cinta yang tak pernah hilang sebab itu walau teruk dia ditinggalkan oleh Mi-Rae 10thn dulu. Dia masih dapat terima balik Mi-Rae. Sebab ini cerita komedi so korang tak payah marah sangat dengan heroin. Walaupun dia selfish tapi dia sebenarnya tak la sangat. Dan dia pun sebenarnya cintakan Han Yeol.

Actually kan dalam drama ini tunjuk dekat kita Bila itu cinta sejati, dia adalah jodoh kita. Kau tolak macam manapun akan ditemukan semula, Betulkan!

Aku suka semua plot gila dan kareter2 dalam drama ini. Drama ini aku marathon 2 hari. Drama dia bukan melodrama sangat dia banyak comedy at same time sound effect drama . Ost best. Tapi dalam gelak2 aku nangis jugak aku bila part2 sedih tu. Sedih sangat part Han Yeol tahu yang Cha Mi-rae sakit kanser.

Seperti biasa, aku akan suka dengan watak Lee Yu Ri. Actually guys ini adalah drama pertama yang aku tengok Yuri berlakon. Start dari drama ini aku dah syok dengan actress Lee Yu-ri dan aku believe drama2 dia akan buat aku amaze. 


YURI: BROADCAST / VARIETY SHOW

Ini antara talk show, variety show..apa2 entertaiment show yang lee yuri join. Ada jugak interview boleh cari dekat youtube. Lee yuri bagi aku dia nie real life macam agak unique dia punya personality dan sangat passionate (so extra la) dalam apa pun yang dia buat. Jadi aku memang sangat suka personality macam dia. Sangat fun ditonton. Aku tak tahu la ini personality dia yang sebenar atau just dia create untuk kita seronok tengok dia. Apa pun memang best. Pandai masak pulak tu....

ok korang boleh click bawah ini untuk tengok yang semua ini ada subtitle in English

1. Radio Star Ep577 - Hide & Seek casts
2. Running Man Ep213 & Ep436
3. Happy Together Ep358 (Queen of Housewook Special), Ep494 (Father is Strange Cast)
4. Knowing Bro's Ep163 & Ep235 (Kshow123)
5. Let Eat Dinner's Together Ep114
6. Problem In House Ep84
7. Star's Top Recipe at Fun Restauran S2 Ep 14 - 27 / Ep53 - Present (Lee Yuri Episode)

Talk Show / Interview

1)My Father is Strange - Behind The Scene, macam2 interview (tengok dia Youtube)
2. Entertainment Show - Guerrilla Date (2014), Entertainment Show Ep162, etc









Comments

Popular posts from this blog

DRAMA KOREA: MOTHER (2018)

Sejarah Hidup: Britney Spears