Monolog

 Someone said to me: 
"Good thing, Bad thing. All will be pass. So, lift up your head." 

Kerana kata2 ini aku semat didada. Jadi walau seberapa umat manusia hina aku. Aku tak pernah tunduk. Hurmm Cacatan ini aku tulis. Sebenarnya sebab aku nak throwback balik kisah2 hidup aku

Jatuh bangun dan jatuh aku, Bahagia gembira kejayaan, Kesilapan kesalahan dosa dan kejahilan aku
Aku nak bercerita tapi jika aku bukak mulut ia hanya mengaibkan aku. Jika Tuhan menutup aibku kenapa aku pula memperbodoh diri membukanya. Honestly aku manusia yang sepi. Seluruh hidup aku. Sedalam2nya aku selalu sendiri2. Aku bukan manusia gembira tapi aku selalu pura2 bahagia. Dengan harapan kepura2an aku itu menjadi reality. Namun sebaliknya terjadi. Bila aku terlalu gembira atau terlalu sayang kan sesuatu. Sampai waktu ia akan hilang saat aku paling bahagia. Kisah aku selalu berakhirnya. Aku seorang.
 
Aku selalu berharap akan ada orang yang aku boleh luah. Tanpa sesiapa pun prejudis pada aku. Aku lemas. Jiwa raga dan nafasku. Aku x seberani yang lain utuk memperlihatkan kelemahan diri. Bahkan aku terlalu malu jika ada yang lihat air mataku mengalir. Aku hidup dengan separuh aku. Kerana pernah satu ketika aku beri segala diri pada seseorang dan seseorang. Namun Tuhan sentiasa mahu aku sendiri. Kerana pada Tuhan mereka dosa2ku. Kerana telah aku beri segala. Hingga tak ada apa lagi mampu ku beri untuk dunia. Ada masa aku selalu rasa esok masa aku akan tamat. Aku akan pergi. Tapi bila pekat malam aku tidur dan dingin pagi aku terjaga. Aku terlalu takut untuk pergi. Lalu setiap hari aku gigih memilih mati dan juga gigih berusaha untuk hidup.
 
Orang selalu doa untuk bahagia. Tapi aku selalu doa untuk lupa. Kerana dengan lupa aku mampu bahagia. Dengan lupa aku mampu lihat dunia ini Indah. Segala bermula saat waktu itu terjadi. Saat2 aku perlukan Tuhan. Tapi saat itu, sepertinya Tuhan berpaling dari aku. Dan saat itu mula aku & Tuhan semakin lama semakin jauh dan aku mula membenci segalanya. Dalam marah yang tak terluah dalam sedih yang x mampu aku tangiskan. Aku mula hilang diri aku. Diri… Diri dan segalanya. Namun dalam luka, aku menemui si malaikat hitamku, Kim dan Hal.
 
Kini Tak ada seorang pun dalam dunia ini tahu, aku. Bagi mereka aku tetap seperti dulu. Kerana itu yang aku pamerkan pada mereka. Tapi dalam. Tubuh aku ini. Sedalam2. Tak akan ada yang fahami. Kesedihan aku, Kekesalan aku, Sakit aku, jatuh aku, kesilapan aku, dan segala noda2 aku. Aku sendirian tempuh segala sakit dan hinaan dari dunia. Satu yang aku pegang. Selagi aku bernyawa selagi itu maruah keluarga, aku tetapkan ditempat tertinggi. Kerana terlalu tinggi. Bicara aku tiada yang dapat fahami. Kerana segala aku telan semua sendiri. Dengan separuh nafas, aku berhidup.
 
Aku kadang, aku rindu. Aku rindu jadi diri aku. Aku rindu orang2 aku.
Aku rindu punya segala. Kerana kini aku hilang semua.
 
So hari ini waktu ini, aku rindu mereka. Aku rindu aku. Tak ada kata mampu aku luah pada sesiapa. Jadi hanya cacatan ini penganti suara hati aku. Cebisan ingatan yang masih ada tentang diri aku dan kenangan lalu. termasuk mereka. Yang mana, mereka jiwa dan kehidupan aku yang sebenar. Mungkin orang akan kata mereka noda hitam aku. Tapi bagi aku mereka bara api yang aku gengam walau sakit tapi aku bahagia. Tapi bila bara api itu padam dan menyejuk. Begitu juga hati aku. Aku tulis diary ini dengan harapan  satu hari nanti diakhir cerita aku. Aku mampu cakap aku gembira walau aku sendirian.

Comments

Popular posts from this blog

Korean Actress: Lee Yuri

DRAMA KOREA: MOTHER (2018)

Sejarah Hidup: Britney Spears