DRAMA KOREA: MOTHER (2018)
Drama Mother ini antara drama yang aku suka. Apa aku boleh cakap, drama ini... setiap episode aku akan menangis. Menangis macam aku pulak pernah kena dera. Secara ringkasnya. Drama Mother @ Call Me Mother adalah adaptasi dari drama Jepun yang di terbitkan pada 2010. Jujur, aku masih tak tengok lagi drama Mother terbitan Jepun. Tapi aku pasti cerita dia pun best. Tapi macam biasa semua tahu drama jepun ini kena tahan mental dia punya slow...wahhh he3.
Aku ini sejenis yang tak suka tengok cerita yang di remake atau dalam kata lain kalau aku dah tertengok drama itu dulu tak kisah terbitan dari negara mana atau produksi mana. Aku agak sukar akan layan yang lain. Sekali dah tengok enough untuk aku. Contoh macam drama Hana Kimi (2006). Aku tertengok Hana Kimi terbitan Taiwan, so susah gila untuk aku tengok yang jepun, . But both aku enjoy. Macam cerita Kimi wa petto (2003) terbitan Jepun, so aku takkan tengok lain2 punya remake. Meteor Garden aku dah tertengok Taiwan dulu so aku tak layan yang original Jepun. Tapi bukan semua cuma mostly la.
Ok berbalik dengan drama Mother (2018) terbitan produksi Studio Dragon, Arahan Kim Cheol Kyu dan skrip ditulis oleh Chung Seo Kyung. Lakonan hebat oleh Lee Bo Young, Heol Yool, Lee Hye Yoong, Ko Sung Hee, dan ramai lagi. Semua watak menjadi. lakonan Lee Bo Young sebagai Ms.Kang @ Kang Su-jin. Memang tak payah disangkal. aku suka dia dalam drama ini. Sebelum ini dia ada jugak berlakon drama pasal ibu dan anak God Gift:14 days, tapi aku tak berapa suka sangat drama itu he3. Watak Heo Yool sebagai Kim Hye Na@ Kim Yoon Bok dalam dram Mother paling menarik hati aku. Budak! apa pasal kau pandai sangat berlakon ini. Impressive gila kalau la ada pelakon cilik macam ini dekat Malaysia. Confirm aku tengok drama Malaysia balik.
ok2 aku bagi sikit la gambaran drama ini. Drama mengenai seorang wanita yang tak pernah terfikir akan menjadi ibu dan tiba-tiba sekelip mata dia menjadi ibu kepada seorang pelajar yang dia ajar. Kang Su Jin seorang pengkaji burung. Wanita yang tak peramah dan hanya habiskan masa dengan hidup dia sendirian. Waktu kecil, Kang Su Jin di ambil menjadi anak angkat kepada pelakon terkenal iaitu Young Sin. Kisah hidup masa dia kecil didokementasi dan ditayang kan didalam TV.
Kang Su Jin ada masalah trauma dengan life dia masa kecil. Menyebabkan dia tak dapat ingat apa yang berlaku sebelum ibu dia tinggalkan dia dekat rumah anak yatim. So seluruh hidup dia membenci ibu dia dan dia berjanji tidak akan menjadi seorang ibu. Tapi sejak Kang Su Jin jadi guru ganti dan mengajar Kim Hye Na. Dia tetiba ada rasa connected dengan budak ini. Kim Hye seorang budak mangsa dera ibu dan teman lelaki ibunya. Hye Na seorang yang sangat tough yang terlalu sayangkan ibunya. Walaupun didera dia akan cover up ibu dia gila2. wahhh tak boleh la nak tulis tertiba teringat scene dia kena dera dengan mak dia si Ja Young (Kim Sung Hee) dan Soel Alk (Son Soek Koo). So drama ini berkisar orang yang hidup pernah kena dera. Korang tengok macam mana both of them fight for their lives... dan mereka saling melengkapi hidup satu sama lain.
Ok guys korang yang suka pasal drama berkisar mengenai perasaan, kehidupan, kepedihan hidup, trauma, scenery, tema pentingnya kasih sayang, pentingnya persekitaran dan tanggungjawab setiap manusia kepada manusia lain, suka drama melodrama yang bagus. Ini dramanya sila tengok and enjoy every scene and every episode. And dont worry ending tak mengecewakan walaupun bila aku fikir mcm tak mungkin realiti akan jadi macam itu. But kita tengok drama sebab nak tengok how their solve their problem and leads have their happy ending. ha3 itu opnion aku je.
Comments
Post a Comment