Korean Actress: Kim So Yeon
Kim So
Yeon
Lahir 2 November 1980 (40tahun), anak bongsu dari 3 orang adik beradik
perempuan.
Karier
Mula debut pada umur 14tahun dengan masuk pertandingan
Beauty Pageant tanpa pengetahuan ibu bapanya. Drama Dinosaur Teacher adalah
lakonan pertamanya sebagai pelakon remaja dan kemudian dia mula membintangi
beberapa drama. Popularity Kim So Yeon mula mencanak. Kim So Yeon juga pernah
menjadi pengacara bagi rancangan Inkigayo (1997-2000) dan mendapat pelbagai
tawaran model CF.
All About Eve (2000) |
Kerana wajahnya nampak matang dari usia, Kim So Yeon selalu ditawarkan watak yang umur lebih tua dari umur sebenarnya. Pada tahun 2000, Kim So Yeon ditawarkan drama All About Eve, dengan memegang watak sebagai Yong Mi, seorang perempuan pentingkan diri dan jahat. Drama ini mendapat rating yang tinggi. Selepas tamat drama All About Eve, popularity Kim So Yeon mula menurun. Penonton mula tidak menyukai Kim So Yeon ini disebabkan penangan lakonan Kim So Yeon yang nampak semula jadi dalam membawa watak jahat dalam drama tersebut. Disebabkan itu, Kim So Yeon mencuba nasib berlakon drama dan filem di China. Namun nasibnya juga tidak baik. Kim So Yeon tidak berputus asa dia cuba membintangi pelbagai drama, namun drama lakonannya tidak mendapat kritikan positif. Akhirnya Kim So Yeon memutuskan untuk berehat panjang.
Pada 2008, Kim So Yeon ditawarkan berlakon drama
Gourmet. Kim So Yeon mengunkapkan bahawa
ini kali pertama dia berasa sangat seronok berlakon.
IRIS (2012) |
king of masked singer Ep77 (2016) |
Running Man - Penthouse Special(2020) |
Sejak dari itu Kim So Yeon sentiasa ditawarkan pelbagai
drama. Kim So Yeon juga menyertai variety show seperti Real Men: Female Soldier
Special Season 1 (2014), We Got Married (2015), King of Mask Singer Ep77
(sebagai Squirrel) 2016, Running Man (2020)
Walaupun popularity Kim So Yeon malap setelah memenangi
anugerah Viewer Favourite Character bagi drama All About Eve (2000). Namun
kerana sikap Kim So Yeon yang sentiasa positif, tidak mengalah menyebabkan dia dapat
bertahan dan terkenal di industry hiburan korea. Sejak kemunculan semulanya
pada tahun 2008, Kim So Yeon menerima pelbagai jenis anugerah dari SBS,MBC,KBS,
Korean Drama Award, APAN, Asia Model, Korean Culture dan banyak lagi. Pada 2008
sehingga sekarang, setiap tahun Kim So Yeon pasti akan memenangi anugerah dari
acara-acara tersebut. Tahun 2016, menjadi tahun bertuah untuk Kim So Yeon
kerana dia akhirnya memenangi anugerah yang menjadi impian para pelakon iaitu
Anugerah Daesang di 9th Korean Drama Award bagi lakonannya dalam
drama Happy Home. Dan tahun 2020 menjadikan tahun yang paling bermakna kerana
drama Penthouse (2020) meletop dan lakonannya sebagai Choi Seo Jin tercalon serta memenangi
anugerah di 2020 SBS Drama Award. Kim So Yeon terima anugerah Excellence Award,
SBS Drama Award bersama dengan 2 lagi pelakon Penthouse iaitu Lee Ji-ah &
Eugene.
SBS Award 2020 |
Penthouse I (2020) |
Penthouse II (2021) |
PERSONALITI
Kebanyakan orang cakap personality Kim So Yeon sangat baik
sangat positif, dia seorang yang pure, ageyo (cute), pemalu cepat flustered dan
clumsy. Seorang yang suka membaca komik ,
So Yeon peminat Slam Dunk dan suka minum Caffe latte. So yeon tidak banyak
bercakap, dia lebih suka mendengar dan beri reaksi. Rutinnya, setiap pagi dia
akan minum kopi segera. Sangat rapat dengan ibu dan kakaknya. Selain membaca
komik, So Yeon juga suka menyanyi dan suka berkaraoke dengan kawan2
We Got Married - SiSo Couple (2015) |
Personality Kim So Yeon dapat dilihat melalui rancangan
variety show. Kim So Yeon juga pernah menyertai rancangan We Got Married pada
2015. Pasangannya Kwan Si Yang, 7tahun lebih muda darinya. kontrak mereka sebagai
SiSo Couple bermula selama 100hari, 27 August
2015 – 4 December 2015.
KISAH
CINTA KIM SO YEON & LEE SANG WOO
Kim So Yeon dan Lee Sang Woo mengumumkan mereka bercinta pada public pada September 2016 dan pada Mac 2017 mereka bertunang dan berkahwin pada 9 June 2017.
Kim So Yeon dan Lee Sang Woo bertemu di Majlis Anugerah SBS 2008, Lee Sang Woo sebagai penyampai anugerah kepada Kim So Yeon ( drama Gourmet)
Dari Fan page SSO,(28/3/2017),
Kim So yeon tulis, dia pertama kali bertemu dengan Lee Sang Woo pada 6 tahun yang lepas, Mereka hanya sempat berbual sebentar sahaja. First Impression mengenai Lee Sang Woo, dia seorang yang baik dan kacak. Pada 2016, Mereka bernasib baik dipertemukan sekali lagi semasa menjadi model pakaian. Kim So Yeon cakap, pandangannya terhadap Lee Sang Woo masih seperti dulu, Sang Woo Shii seorang yang baik dan kacak, seorang yang berhati-hati serta pendiam. Mulanya Kim So Yeon ragu jika mereka boleh menjadi rapat.
Mereka dipertemukan sekali lagi semasa di set photo shoot bagi jenama pakaian All For You. Dan kemudian ditawarkan menjadi watak utama drama keluarga bertajuk “Happy home” pada 2016. Drama Happy Home ditayangkan pada bulan February sehingga bulan August 2016. Pengambaran yang memakan masa selama 8 bulan menjadikan mereka semakin hari semakin rapat.
Pada mulanya Kim So Yeon memberitahu, dia dan Lee Sang Woo tidak begitu rapat dan mereka jarang berbual. Tapi bulan keenam, baru So yeon menyetahui yang Sang Woo menyukainya. So Yeon bercerita, suatu pagi Sang Woo menghubunginya. Sang Woo berkata…
“ Saya mabuk…”
Kemudiannya kawan Sang Woo (Jung Chan Wook) ambil telefon dan menyampaikan isi hati Sang Woo Kepada So Yeon
“Kim So Yeon Shii, Sang Woo sangat sukakan awak”
Keesokkan paginya So Yeon begitu teruja untuk datang ke set selepas mendengar pengakuan cinta dari Sang Woo tapi apabila datang, Sang Woo hanya cakap Hello dan berlalu pergi. Jadi So Yeon agak pelik tapi kemudianya Sang Woo menghubungi So Yeon dan ajak keluar bersama. Mereka mula bercinta pada akhir2 sebelum tamat pengambaran Happy Home.
So Yeon berkata awalnya dia tidak mengetahui mengenai perasaan Sang Woo tapi staff-staff yang pernah bekerja dengan Sang Woo memberitahunya, Sang Woo seorang pendiam tapi bila dengan So Yeon dia jadi banyak bercakap.
So Yeon cerita dia berterima kasih dengan spicy Tteokbokki. Mereka menjadi rapat kerana ada satu kedai Tteokbokki yang selalu dia pergi dan kedai itu pula terletak berdekatan dengan tempat tinggal Sang Woo. Dari situ mereka mula rasa persamaan dan keserasian.. bermula dengan Tteokbokki kemudian spicy Tteokbokki seterusnya Jajangmyun , Ramen dan lain2.
Semasa rancangan Happy Together, Kim So Yeon bercerita mengenai hubungan mereka
Lee Sang Yoon juga mengetahui hubungan mereka. So Yeon cerita ada suatu hari masa dia dan Sang Woo keluar bersama dan Sang Woo menghubungi Lee Sang Yoon dan cakap
“Kejap, cakaplah dengan teman wanita saya…”
So Yeon juga bercerita bagaimana mereka berdating. Selepas tamat drama Happy Home. Hampir setiap hari So Yeon & Sang Woo keluar bertemujanji. Bermula seawal 7pagi sehingga 10malam. Kim So yeon cakap dia tidak pandai memasak berbanding dengan suaminya yang lebih pandai.
Semasa rancangan We Got Married, Ciri2 lelaki idaman So Yeon adalah seorang lelaki yang bertubuh menarik, berbahu luas, tiada double eyelid. Seorang yang nampak cool yang selalu pakai jean dan berbaju tshirt serta berkasut sneaker tanpa pakai insole (pelapik). Seorang yang bersemangat. Seorang yang romantic, yang membuatkan hatinya hangat dan berdebar-debar. Seorang yang akan menyanyi untuk dia bila dia bosan. So Yeon cakap dia harap dia akan jadi seorang isteri yang membuatkan suaminya tersenyum dan selesa bersamanya.
Dalam rancangan Happy Together, Lee Sang Woo juga bercerita mengenai Kim So Yeon,
Sejak dari pertama kali bertemu semasa di set photo shoot. Sang Woo cakap dia tertarik dengan So Yeon terutama kerana sifat keperihatinan So Yeon kepada orang lain. Sang Woo cakap semasa di set photo shoot tersebut Kim So Yeon sering kali bersiap lebih awal daripadanya, kerana tidak mahu So yeon menunggunya, Sang Woo buru-buru menukar pakaian namun setiap kali juga Kim So Yeon akan siap lebih dahulu darinya. Tak berapa lama kemudian baru Lee Sang Woo sedar yang Kim So Yeon terluka sedikit semasa terburu2 menukar pakaian. Dan kerana sikap So Yeon yang sentiasa positive Lee Sang Woo mengatakan kerana itu dia gembira menerima tawaran berlakon bersama Kim So Yeon di dalam drama Happy Home (2016)
GAMBAR PERKAHWINAN KIM SO YEON & LEE SANG WOO
Comments
Post a Comment