DRAMA KOREA: Missing: The Other Side (2020)
Drama bertemakan genre fantasi & jenayah.
Drama mengenai Sebuah perkampungan yang didiami oleh roh.
Setiap roh yang masuk ke dalam kampung itu adalah roh2 dimana mayat mereka
belum ditemui. Kim Wook seorang ‘Robin Hood’ yang ceria, sibuk hal orang serta
sukakan keadilan dan kacak. Satu hari dia terlihat seorang perempuan diculik.
Kim Wook cuba merakam kejadian tersebut namun di ketahui oleh penjenayah
tersebut. Sejak dari itu mereka sentiasa mengejar Kim Wook.
Kim Wook lari dan dalam pergelukan dia tercedera. En Jang
menjumpai Kim Wook dan membawanya pulang kerumah. Sejak dari itu Kim Wook mulai dapat melihat
sebuah perkampungan roh mayat hilang yang hanya dapat dilihat oleh dia dan En
Jang sahaja. Pekampungan yang bernama Duon Village. Sebuah kampung yang pada
mata Kim Wook seperti perkampungan biasa yang cantik dan Bahagia di tengah2
hutan. Kim Wook bekerjasama dengan En.Jang cuba mencari mayat2 roh yang hilang
tersebut. Dengan bantuan kawan Kim Wook, Jong Ah dan juga dari dect. Joon Ho yang
mana tunangnya juga hilang secara tiba2 serta polis dari bahagian orang hilang.
Drama ini bagi aku kena dengan jiwa aku yang suka cerita
sentimental, aku agak beremosi sikit terutama closing plot cerita Dect Joon Ho
dengan tunang dia Yeo Na. Menangis je aku bila tengok part mereka. Actually
bukan part mereka saja, kebanyakan part cerita ini memang sedih part kim Wook
dengan Pn Hyun Mi sedih, Part En Jang cari anak sedih.
Kim Wook lakonan Go
Soo memang terbaik. Lama dah aku rindu nak tengok Go Soo berlakon.
Yang paling best drama ini hanya 12 episode sahaja. Memang
ngam bagi aku. Aku suka. Cinematography dia cun, kampung tu nampak perkampungan
bunian yang cantik dan Bahagia. Watak ‘penghulu’ kampung, Thomas aku suka. Flow
cerita dia pun ok, aku suka. Ost ngam masuk menusuk kalbu je.
Comments
Post a Comment