DRAMA KOREA : Buat Aku Menangis



Hi posting kali ini aku akan senaraikan drama korea yang bertemakan melodrama atau drama sedih. Koleksi ini, kira koleksi yang aku dah tengok dan memang meleleh2 air mata. Tapi seperti biasa, dia ikut citarasa masing2. Bagi aku sedih, tapi mungkin pada orang lain bosan atau tak best.

Aku ini sensitif tapi malu nak menagis depan orang. Jadinye kalau nak menagis aku akan duduk sorang2 dan layan movie or drama2 sedih. Duduk dalam bilik on lappy/Pc dan sambil melayan drama2 ini, menangis la aku memalam sesorang dalam bilik :P.

So ini antara senarai drama2 yang korang boleh la layan. Mungkin boleh lega sikit mata kau yang dah kering kontang tu he3... Selamat menagis kawan2.

# ada yang drama lama jadi tak tahu la kalau tengok sedih lagi ke tak
# tengok at you own risks
# x semua bersependapat yang sama.


1. I'm Sorry I Love You (2004)




Pelakon : So Ji Sub, Im Soo Jung, Jung Kyoung Ho, Seo Ji Young, Lee Hye Young
Genre    : Melodrama - Kekeluargaan & Balas Dendam
Episode : 16


Drama mengisahkan kehidupan Cha Moon Hyuk (Soo Ji Sub) yang hanya ada 3 bulan untuk hidup. Moo Hyuk masa kecil dia ditinggal oleh ibu dia dan di ambil sebagai anak angkat oleh keluarga Australia tapi kesian dia kena dera dan hidup merempat sejak kecil di Australia. Bila besar dia jadi gengster. Jadi cerita, di Australia Moon Hyuk bertembung dengan Eun Chae (Im Soo Jung) masa time Moon Hyuk tengah buat kerja jahat dia.

Moon Hyuk ada seorang ex-teman wanita bernama Moon ji Young (Choi Yeo Jin). Teman wanita dia ini ada kena mengena dengan ketua gangster. Pendek cerita Moon Hyuk kena tembak dekat kepala masa wedding Moon Ji Young. Moon Hyuk masih dapat diselamatkan tapi peluru yang tembus di kepala dia tak dapat dikeluarkan. Jadi dia hanya ada 3 bulan untuk hidup. So Moon Hyuk buat keputusan untuk pulang ke Korea dan cari siapa ibu dia sebenarnya dan mati di korea.

Di Korea, Moon Hyuk bertemu kembali dengan Eun Chae (Im Soo Jung). Eun Chae ni, kira heroin cerita ni. Bagi aku tak cantik tapi oppa ji sub dalam cerita ni pun serabai mula2 tu...kira ok la dua2. aku layan je sebab story cerita ni memang best. Pendekkan cerita, dia berkenalan dengan Eun Chae dan dia dapat tahu siapa ibunya yang sebenarnya. Start situ mula la sesi dia nak balas dendam dan memang lagi bertambah volume sedih aku. Ok yang lain2 kena tonton sendiri :P.

Best, kalau peminat drama korea. Cerita ini kira wajib bagi aku pada yang minat melodrama :) Opps dan aku peminat tegar Abang Ji Sub dari memories in Bali lagi :) Ahhh cerita ini confirm sedih itu je nak cakap.

Drama arahan Lee Hyung Min dan skrip ditulis oleh Lee Kyung Hee. Drama ini bagi aku antara drama kisah yang mendebak-debakkan air mata aku. Aku selalu cakap ala citer lama bila dah tengok banyak kali hilang la sedih dia. Opppss not this time sebab aku masih tetap sedih setiap kali tonton drama ini.



2. A Love To Kill (2005)




Pelakon : Bi Rain, Shin Min Ah
Genre    : Melodrama - Cinta & Balas Dendam
Episode : 16

Drama A love to Kill arahan Kim Kyu Tae dan skrip ditulis oleh Lee Kyoung Hee. Drama ini aku suka sebab Bi rain dan heroin dia sangat comel iaitu Shin Min-Ah. Yang paling penting ini adalah drama air mata ok... Air mata aku dah macam air terjun bila tengok drama ini.

Cerita macam Full House bukan taste aku. Sorry, aku tak boleh blah dengan cerita macam itu dan dengan baju Rain aduss macam gegel (sorry peminat cerita full house) ha3. Tapi waktu tu memang aku antara peminta Rain sampai ke hari ini, sampai la dia dah ada 2 anak perempuan he3.

Ok berbalik dengan drama ini, A love To Kill mengisahkan seorang lelaki ahli tinju K-1 Kang Bok Gu (Bi Rain) yang membesar di rumah anak yatim. Jatuh cinta kepada seorang artis korea bernama Cha Eun Seok (Shim Min Ah). Seorang wanita yang Bok Gu tak seharusnya jatuh cinta.

Kisahnya Bok Gu ada dendam kesumat dengan Eun Seok kerana Bok Gu fikir Eun Seok adalah punca kematian abang dia. Di sebabkan dendam yang membara. Bok Gu cuba mendekati Cha Eun Seok dengan menjadi Bodyguard dia untuk balas dendam.

So apa akan jadi kalau kita jatuh cinta pada orang yang kita tak boleh? Jawapan dia air mata beb... Air mata la peneman kau dan ia kesakitan yang tanpa batasan ha3... I feel you bro... I feel you. Seterusnya korang tengok la ya. Aku dah lama x tengok so tak berapa ingat jalan cerita dia tapi yang pasti Aku Menangis T____T. Ending aku nak spoil jugak, ending dia kau jangan berharap sangat :P



3. Sad love Story (2005)




Pelakon : Kwang Sang Woo, Kim Hee Sun, Yeon Jung Hun
Genre    : Melodrama - Cinta & Balas Dendam & Frienship
Episode : 20

Drama Sad Love Story arahan Cheol Yong Yu dan skrip ditulis oleh Lee Sung Eun & Han Sul-Hee. Ini antara drama Kwon Sang-Woo yang aku layan dan memang antara koleksi aku suka la. Cerita dia memang sedih sampai kesudah.

Drama ini mengisahkan kisah konflik cinta tiga segi antara Jun Yeong (Kwon Sang Woo), Hye In (Kim Hee Sun) dan Keon Woo (Yeon Jeong Hun).

Jun Yeong tinggal bersama ibunya iaitu seorang perempuan pelayan arak kepada askar Amerika. Waktu kecil Jun Yeong bertemu dengan seorang budak perempuan yang buta bernama Hye In dan mereka pun semakin lama semakin rapat dan mula bercinta. Jun Yeong dan Hye In selalu menghabiskan masa bersama2 di pondok dan Jun Yeong akan main gitarnya.

Nak jadi cerita mak cik Hye In berkahwin dengan askar Amerika dan Hye In pun terpaksa ikut berpindah ke US. Cinta Hye In kepada Jun Yeong tak pernah pudar begitu juga Jun Yeong. Selepas beberapa tahun di US, Hye In menerima surat dari korea mengatakan Jun Yeong telah mati dan ini menjadikan Hye In terlalu sedih.

Di US Hye In berkenalan dengan Keon Woo (Yeon Jeong Hun). Keon Woo jatuh hati pada Hye In dan ajak dia menjadi kekasihnya. Hye In menerima dan Keon Woo juga membiayai pemendahan mata Hye In. Pemendahan mata Hye In berhasil dan dia mampu melihat semula dan satu hari tiba2 Jun Yeong muncul kembali.
Memang sedih...Ooo cerita ini seterusnya korang kena tengok. ha3 cerita ini dah terlalu lama aku tak tengok. Tapi aku memang ingat sedih betul drama ini masa dia main first time dekat TV2. lagu OST dia memang jiwang habis. Part heroin menyanyi masa dekat salji memang sedap :)


3. Snow Queen (2007)



Pelakon : Hyun Bin, Sung Yu-ri
Genre    : Drama - Cinta & Balas Dendam
Episode : 16

Drama Snow Queen arahan Lee Hyeong-Min dan skrip ditulis oleh Yoon Eun-Kyung & Kim Eun-Hee. Drama ini aku suka sebab Hyun Bin he3 dan juga yang paling penting ini adalah drama genre aku suka melodrama, air mata yang berdebak-debak. Hyun Bin memang terbaik lakonannya. too much la.... kesian.

Mengisahkan Tae Woong (Hyun Bin) seorang genius matematik . Dia seorang anak yang baik dari keluarga yang miskin. Masa umur 17 tahun Tae Woong diterima masuk ke sekolah yang terhebat di korea. Dekat sekolah tu dia ada sorang best friend, Jeong Kyu (Lee Sun-Ho). Jeong Kyu ni pun genius dan dari keluarga kaya. Mula2 dorang tak click tapi lama2 dia dapat terima Tae Woong dan selalu spend time bersama2. Kemudian mereka masuk pertandingan matematik dan Tae Woong dinobat sebagai pemenang. Akibat kekalahan itu Jeong Kyu stress dan bunuh diri sebab tak menepati sasaran familiy dia.

Sejak dari hari itu hidup Tae Woong jadi sangat crumpled, dan kerana rasa bersalah yang menebal. Tae Woong ambil keputusan berhenti sekolah dan menghilangkan diri.

8 tahun berlalu Tae Woong menjadi seorang Boxer dan dia jumpa kembali budak perempuan yang dia pernah jumpa iaitu Bo-ra(Sung Yu-ri). So tengok la ek kalau nak tahu lebih lanjut. Sebab aku dah lupa he3 Tapi yang aku pasti cerita ini memang buat aku menangis.

Ini antara cerita Hyun Bin yang aku tengok selain Kim Sam Soon, A millionaire First love, Secret Garden itu je kot. By the way Hyun Bin antara actor Korea yang aku memang minat. Aiseyy kacak la.




5. Moon Embracing The Sun (2012)




Pelakon : Kim So Hyun, Han Ga-In, Jung II Woo, Kim Yoo Jung, Yeo Jin Goo, Im Shi Wan
Genre    : Drama sejarah - Cinta & Balas Dendam
Episode : 20

Moon Embracing The Sun arahan Kim Do-Hoon & Lee Sung Joon. Skrip ditulis oleh Jung Eun Gwol dan Hin Soo Wan. Drama ini memang sedih la tak perlu disangkal lagi. Tapi aku sebenarnya lagi suka pelakon kanak2 dalam drama ini. Lakonan mereka memang wow terutama Yeo in Goo & Kim Yoo Jung. Budak2 pun boleh buat aku sedih T____T Drama ni memang terbaik la. Kim Soo Hyun pun memang bagus sekali dalam drama ini. Part dia menangis aku pun kemain menangisnya. Tapi aku tak minat heroin cerita ini Han Ga In. Apa pun both berlakon memang bagus.

Drama mengisahkan Yeon Woo (Kim Yoo Jung) adalah anak kepada pegawai tetinggi korea. Dia temankan ibu dia pergi istana untuk tengok graduasi abang dia Heo Yeom (Im Si Wan). Nak jadi cerita dia pergi merayau dan terjumpa Prince Lee Hwon (Yeo Jin Goo) dan start dari situ mereka pun jatuh cinta dan kemudian Yeon Woo dipilih untuk jadi Princess Joseon.

Cerita cinta mereka penuh dengan liku kerana Queen tak suka dan arahkan bomoh untuk bunuh Yeon Woo. Tapi Yeon Woo tak mati, dia hidup kembali tapi hilang ingatan. Semua percaya Yeon Woo mati termasuk Prince/King Lee Hwon.

Bila dah besar Yeon Woo (Han Ga In) jadi bomoh dan bertembung semula dengan King Lee Hwon (Kim Soo Hyun). Start dari situ King mula gelabah dan sedih, kemudian dia arahkan orang untuk siasat kematian kekasih dia. dan blah2 korang kena tengok sendiri.

Memang masterpieces cerita ini. So sila tengok kalau nak menagis ya :)


6. Jang Ok Jung (2013)




Pelakon : Yoo In Ah, Kim Tae Hee, Hong So Hyun, Jae Hee, Lee Sang Yeob
Genre    : Drama sejarah - Cinta & Balas Dendam
Episode : 24

Jang Ok Jung: Living By Love adalah arahan Boo Sung Chul. Skrip ditulis oleh Choi Jung Min. Drama ini antara drama bertema history (based on novel) yang aku suka. Yang buat aku tengok drama ini adalah disebabkan aku memang peminat tegar Kim Tae Hee. Aku tak tahu kenapa tapi aku memang minat dia sejak dia berlakon jadi jahat dalam cerita Stairway To Heaven. Pelik sebab aku tak berapa minat dengan heroin drama itu walaupun memang aku suka watak classic innocent heroin tu tapi aku tersukakan kecomelan muka Second lead he3. Banyak drama dan movie Kim Tae Hee yang aku follow antaranya Stairway to Heaven, Forbidden Love, Love Story in Harvard, My Princess, IRIS, Yong Pal, Venus & Mars dan Grand Prix.

Ok berbalik kepada drama Jang Ok Jung ini. Bagi aku, drama ini garapan dia sangat cantik dan penuh perasaan. Pelakon hero dan heroin yang cantik dan kacak. Mengisahkan kehidupan Ok Jang (Kim Tae Hee), dari kecil hingga menjadi Gundik yang paling glamor dan popular semasa Dinasti Joseon. Banyak drama yang mengisahkan pasal King Lee Soon, Ok Jang dan Queen In Hyun. Selalu Jang Ok Jung ini jahat kalau dalam drama lain cuma dalam drama ini dorang kupas reason Ok Jang buat semua itu dan korang akan terbit rasa simpati dengan Ok Jang. So Korang boleh tengok drama Dong Yi dan Drama Queen In Hyun. Walaupun cerita ketiga2 ini tak sama tapi asas history cerita ini sama je semua. So korang kena tengok ketiga2 drama ini memang best he3. tapi aku masih tak tengok lagi drama Dong Yi (based on history).

Ok berbalik kepada drama ini, ia mengenai kehidupan Ok Jung sebagai seorang anak yang baik. Dari kecil di tindas kerana ibu dia adalah seorang hamba. Masa kecil dia dan keluarganya jadi orang pelarian dan dipisahkan dari ibunya serta bapanya meninggal sewaktu mereka melarikan diri. Ok Jung ni memang minat pasal kecantikan dan fashion. Dia ini seorang yang kreatif bab2 fashion. Sejak kecil lagi dia sudah ada skill itu. Masa kecik Ok Jung pernah bertembung dengan Prince Lee Soon (Yoo Ah In) tapi dia tak tahu itu adalah putera raja. Sewaktu kecil mereka pernah berjanji untuk bertemu kembali tapi sesuatu berlaku dan Prince Lee Soon tak dapat datang. Bila sudah besar sekali lagi mereka bertemu tapi Ok Jung sudah tak ingat Lee Soon cuma Lee Soon yang masih rasa macam2 kenal saja. :). Sewaktu mereka bertembung kali ini, Ok Jung masih lagi tak tahu Lee Soon adalah prince dia ingat Guard je dekat Istana. 

Macam2 jadi dalam kehidupan Ok Jang sehinggalah dia masuk ke istana kerana teringatkan janji Lee Soon. Yang dia boleh cari Lee Soon dekat istana kalau nak jumpa. Ok Jung pun masuk ke istana dengan beberapa tujuan dan menjadi salah seorang dayang fashion designer. Di sana dia bertemu semula dengan Lee Soon yang dia ingat adalah seorang guard tetapi rupanya adalah King of Joseon. So korang kena tengok sendiri lah. Ini aku memang recommend best. Kisah cinta agung Jang Ok Jung kepada King Lee Soon sehingga akhir hayatnya. Yoo Ah In dengan Kim Tae Hee chemistry mereka memang terboek. Part sedih memang sedih gila tak sanggup aku nk tengok Lee Soon meratap menangiskan si Ok Jang. Sedih sedih Oooo...tisu mana tisu. So tengok la confirm best... kalao x suka tengok drama history korg skip je bab2 orang2 istana bertelagah... tp aku tengok semua baru ada feel he3.



7. Pinocchio (2014)




Pelakon : Lee Jong Suk, Park Shin Hye,
Genre    : Drama - Cinta , keluarga & Balas Dendam
Episode : 24

Pinocchio arahan Jo Soo Won. Skrip ditulis oleh Park Hye Ryun. Drama ini awal dia dah sedih tapi ending jangan risau ok. Actually aku bukan peminat kedua2 pelakon ini tapi drama dorang, aku ada la tengok cuma tak fokus sangat. Bagi aku drama ini terbaik, lakonan hero heroin terbaik dan aku paling suka watak abang dia he3 Yoon Kyung Sang. Inilah drama pertama aku tengok lakonan Yoon Kyung Sang. Selain dia, watak wartawan Yoon Yoo Rae (Yoo Bi) pun best. Apa pun drama ini memang sedih dan ada humor.

Mengisahkan Choi Dal Po (Lee Jong Suk) adalah seorang pelajar yang genius yang kemudiannya menjadi seorang wartawan yang berwibawa dan cuba merungkai kembali kematian bapanya, seorang ahli bomba. Kehidupan Choi Dal Po sekeluarga (Dia abangnya serta kedua ibu dan bapanya) berubah dari bahagia kepada duka.

Choi Dal Po semasa kecil kehilangan segala2nya disebabkan satu kejadian kebakaran. Bapa Dal Po yang sebenar adalah seorang ahli bomba yang berdedikasi tapi telah difitnah oleh seorang yang berpenyakit sindrom Pinocchio. (Sindrom dimana pesakit Pinocchio akan tersedu jika mereka berbohong). Apa yang menyedihkan Dal po sekeluarga difitnah serta mereka dicaci kerana kejadian kebakaran bangunan yang berlaku waktu itu Skuad bomba dibawah kendalian bapa Dal Po ditugaskan untuk memadamkan kebakaran dan menyelamatkan orang. Kesemua mereka meninggal dunia dalam misi tersebut.

Dijadikan cerita, pihak media waktu itu sentiasa cuba mendapatkan berita-berita panas mengenai kejadian itu. Yang mengeruhkan lagi keadaan. Media menemubual seorang penghidap Syndrome Pinocchio yang memberitahu dia terlihat bapa Dal Po ada didalam sebuah bus, sedangkan orang ramai ingat bapa Choi Dal Po mati bersama2 skuad bombanya.

Jadi kehidupan Dal Po, abang dan ibunya musnah akibat dari apa yang dikatakan oleh pesakit syndrom pinocchio itu. Mereka sekeluarga dicaci dan media serta pemberita selalu meletakkan kesalahan kepada bapanya dan menyebabkan mereka sekeluarga tertekan. Akhirnya Mak Dal Po membawa Dal Po kepantai untuk bunuh diri namun Dal Po terselamat dan hanyut ke satu perkampungan. Dari situ dia menjadi Choi Dal Po dan cuba menghapuskan sejarah hidupnya. Namun Choi Dal Po ditakdirkan hidup bersama seorang datuk yang nyayuk.
Satu hari anak lelaki datuk ini pulang ke kampung dan membawa anak perempuannya, Choi In Ha (Park Shin Hye) setelah bercerai dengan isterinya iaitu pemberita yang memburukkan keluarga Choi Dal Po .. Nak dijadikan cerita Choi In Ha ini juga ada syndrome Pinocchio. Choi Dal Po dan Choi In Ha hidup bersama2 dan mengharungi suka dan duka dari kecil hingga ke besar dan menjadi wartawan.

Bagi aku drama ini memang best dan sarat dengan air mata. Drama mengenai kerjaya wartawan. Korang boleh tengok terutama peminat Lee Jong Suk dan Park Shin Hye. 



8. Moon Lover: Secret Heart (2016)




Pelakon : Lee JunKi, IU
Genre    : Drama sejarah - Cinta & Balas Dendam
Episode : 20

Moon Lover: Secret Heart Yeo arahan Kim Kyu Tae dan skrip ditulis oleh Tong Hua dan Jo Yoon Young. Drama ini adalah drama pertama aku tengok IU berlakon. dan aku totally in love dengan si IU. Aku sangka IU hanya pandai menyanyi rupanya dia memang pandai berlakon.

Drama ini penuh dengan feel antara drama yang paling best la bagi aku. Perfect dari awal sampai ending. Aku suka tema macam gini. Mengisahkan Hae Soo tetiba dia terserap masuk ke alam dunia lampau Era Goryeo.

Zaman dulu2 di mana ada perebutan kuasa antara 7 putera raja yang jugak sukakan si Hae Soo. Banyak pelakon yang kacak2 dalam cerita ini tapi aku still minat Lee Junki yang sentiasa kacak. Semua watak main peranan yang baik terutama Lee Junki... sedih betul aku tengok watak dia kesunyian je selalu. Ada part yang dia terpaksa bunuh adik dia.. wawawa aku punya menangis berdebak-debak air mata macam aku pulak ada dalam scene itu T____T
Tapi bila tengok rating adoii sedih naw rating drama ini. Ini kalau Malaysia yang buat confirm meletop kebabom. Silap Malaysia tak pandai produce cerita2 hikayat ke atau cerita era dulu2. Sorry he3 terkondem drama negara sendiri. Tak apa, keep going mungkin satu hari nanti aku akan tengok kembali drama melayu dan aku dapat berbangga dengan nya.

Apa pun tengok la drama ini memang seronok dan aku memang nangis macam aku pulak watak dalam cerita ni.


9. Goblin (2016)




Pelakon : Gong Yoo, Lee Dong Wook, Kim Go Eun, Yoo In na
Genre    : Drama Fantasi & Time Travel
Episode : 16

Goblin arahan Lee Eung Book dan skrip ditulis oleh Kim Eun Sook. Drama ini aku macam second lead syndrome sikit dan lebih fokus kepada bromance antara Lee Dong Wook dan Gong Yoo he3.


Mula2 aku follow story pasal Kim Shin (Gong Yoo) dan Ji Eun Tak (Kim Go Eun) tapi pasatu aku lebih fokus dekat si Grim Reaper (Lee Dong Wook) dengan Sunny (Yoo In Na). Apa pun sangat best. Visual dan cinematography yang menarik. Jalan cerita yang sangat best. So enjoy guys.

Aku part paling sedih part Grim Reaper tahu siapa dia sebenarnya dan part paling kelakar juga part time Grim Reaper first time guna handphone... lawak-lawak la lee Dong Wook. dan watak cool adalah Sunny. Tapi both lead memang bagus no offend ok. Cuma aku memang suka Lee Dong Wook dan Yoo In Na :) sebab tu la aku follow cerita Touch Your Heart (bagi aku drama ini khas utk peminat LDW & YIN).

*cerita Touch Your heart tak wow tapi bagi aku peminat LDW&YIN... memang geletis suka. Ouch hensem dgn cantik.

Apa pun cerita ini akan buat korang ketawa dan menangis. Memang ada part sedih yang aku memang meleleh2 air mata dan korang sila tengok ekk. Actually dia banyak humor, history dan fantasy.


10. My Mister (2018)









11. Come and Hug Me (2018)



Pelakon : Jang Ki Yong, Jin Ki Joo, Heo Joon Ho, Yoon Jong Hoon, Kim Kyung Nam,
Genre    : Drama -Thriller, Crime, Family, Love
Episode : 32

Come and Hug Me arahan Choi Joon Bae dan skrip ditulis oleh Lee Ah Ram. Drama ini memang sedih bagi aku banyak aku menangis bila tengok drama ini. Macam every episode aku menangis. Tapi aku tak berani nak cakap cerita ini best atau tak. Pada aku best je tapi banyak jugak yang aku skip he3.

Aku rasa lepas aku dah tengok banyak dramakan. Hero taste yang aku suka jenis kurus2, lonjong2 ada lesung pipit, putih melepak, bibir merah. he3. So bagi aku hero cerita ini memang jenis yang aku suka ha3 Jang Ki Yong cuma untuk watak sebagai polis dia macam terlalu kurus sangat he3. First time aku tengok Ki Yong masa cerita My Mister. Bila aku tengok My Mister aku terus google pasal mamat ini dan aku terus suka dan aku start tengok Drama ini he3... Heroin aku ok je tak pernah lagi tengok drama dia. Kira ini first time aku tengok dia berlakon. Aku suka watak dia. Drama ini yang aku selalu perasa dorang lama benor main lawan mata ha3...

Mengisahkan kisah cinta tragis 12 tahun lalu antara Na Moo (Jang Ki Yong) dan Nak Won (Jin Ki Joo). Na Moo adalah anak kepada seorang pembunuh bersiri yang psycho Yoon Hee Jae (Heo Joon Ho) yang membunuh ramai mangsa termasuk ibu bapa Nam Won. Selepas pembunuhan ibu bapa Nak Won, mereka terpisah.

9 tahun telah berlalu dan No Moo tukar identiti menjadi Chae Do Jin dan menjadi seorang detektif muda yang berdedikasi dalam menangkap penjenayah hingga tidak mempedulikan nyawanya. Bagi Do Jin ini sebagai salah satu cara dia untuk menebus kesalahan bapanya. Nak Won pula menggunakan identiti sebagai Han Jae Yi, dan menjadi seorang pelakon muda yang berbakat besar.

Mereka ini adalah orang yang sangat kesian. mereka trauma dengan apa yang berlaku dengan kehidupan mereka semasa kecil. Na Moo dan Nak Won kedua2nya tak bersalah cuma kisah silam mereka yang sentiasa menjadi buruan bagi setiap orang terutamanya media yang jahat cuma merosakkan kehidupan mereka. Di tambah dengan bapa Na Moo yang sangat psycho sampai buat satu buku biography dengan bangga mengenai kekejaman dia dan dibantu oleh wartawan gila nak famous dan gila duit.

Hidup Na Moo dan Nak Won dari kecil hingga mereka besar sentiasa sedih. Tapi cinta mereka tak pernah pudar. Cuma orang ramai tak dapat terima hakikat bagaimana anak seorang pembunuh boleh bercinta dengan anak orang yang bapanya bunuh. Dalam drama ini lama gila baru ada scene kiss he3... Overall best. cuma aku eager nak habis cepat tu yang aku skip2 he3. Jangan risau ending dia happy.





12. Mother (2018)




Pelakon : Lee Bo Young, Heo Yool
Genre    : Drama Thriller, Crime, Family, Love
Episode : 16

Mother arahan Kim Cheol Kyu dan Yoon Hyun Gi. Skrip ditulis oleh Jung Seo Kyung. Drama ini memang sedih dan sangat bagus untuk ditonton. Mengenai kisah seorang wanita yang cuba menyelamatkan seorang pelajarnya (mangsa penderaan ibu dan teman lelaki ibunya) dengan membawa lari anak muridnya. Dia dituduh menculik dan menjadi pelarian bila seluruh pasukan polis di kebanyakan daerah di korea cuba untuk menangkapnya. Aku ada buat review drama ini so boleh baca dekat situ. Drama Korea: Mother (2018) . memang best dan memang sedih drama ini, tengok ok.

Comments

Popular posts from this blog

Korean Actress: Lee Yuri

DRAMA KOREA: MOTHER (2018)

Sejarah Hidup: Britney Spears